Wednesday 6 February 2013

Tips untuk kelihatan kacak, tampan, anggun & menawan.


1.Belah tengah adalah fesyen rambut yang sesuai untuk semua kaum manusia tanpa mengira jantina, usia, bujang, duda, sudah berpunya, atau sudah mempunyai 1 orang anak dan keatas. Untuk mendapatkan belahan yang lebih tampan (lelaki) dan cantik (perempuan), sudah tentu anda perlukan lakukan sedikit pengorbanan dari segi kewangan untuk membeli tiga item utama seperti SIKAT RAMBUT, SESIKU L, dan TIMBANG AIR. Ketiga-tiga item inilah yang akan menentukan sejauh mana ketampanan, kekacakan, keanggunan & kemenawanan diri seseorang. Pendek cerita ‘SOUL’ . Untuk maklumat lebih lanjut dan lebih tepat sila klik link dibawah untuk terus ke page PERJEBATAS. Banyak tips yang boleh diguna pakai di situ.
      >>klik di sini
2.Tips kedua tidak ditemui.
3.Tips ketiga pun tiada.
4.Tips keempat ada tapi belum mendapat kelulusan dari Persatuan Jejaka dan Wanita Ulung.
5.Tips kelima lihat tips keenam.
6.Tips keenam rujuk tips kesepuluh.
7.Sebagai seorang jejaka dan wanita yang mementingkan ketampanan dan keanggunan diri, adalah digalakkan untuk mandi air bunga setiap petang. Pastikan anda mandi di tab mandi yang dicipta pada tahun 17 Mei 1930 tepat jam 1700 masa Belanda, diikuti dengan sinaran lilin yang dikeluarkan oleh Negara Argentina, disusuli dengan lagu-lagu romantik yang berjudul ‘Tears in Heaven’ ‘Call Me Maybe’ ‘Last Kiss’ dan ‘Cintaku Tertinggal Di Malaysia’. Pastikan dedaunan pokok akasia ditaburkan di sekeliling tab mandi agar suasana mandian kelihatan seperti dalam mana-mana rancangan television orang putih.

Selamat Mencuba! Semoga kecantikan dan keanggunan para pembaca semakin terserlah selepas membaca dan mempraktikkan tips yang telah saya berikan.

No comments:

Post a Comment